Pendaftaran Keahlian Persatuan Penduduk Serenia Anira (Serenia Anira Resident Association)
Persatuan Penduduk Serenia Anira membuka pendaftaran keahlian mulai 8 Mac 2025.
Syarat keahlian adalah seperti berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 18 tahun dan ke atas
3. Menetap dan tinggal di Serenia Anira
4. Digalakkan keahlian satu ahli bagi satu rumah sahaja
Yuran keahlian adalah seperti berikut:
- Yuran Pendaftaran RM10 (Sekali sahaja)
- Yuran Keahlian RM100 Setahun
Kelebihan mendaftar sebagai ahli:
- Mewujudkan perpaduan, rasa muhibah dan sikap bekerjasama di antara ahli-ahli dan penduduk-penduduk Serenia Anira yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama
- Mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat
- Melindungi kepentingan bersama mengenai sebarang bentuk harta benda persendirian dan kegunaan bersama di kawasan kediaman
- Membangkitkan isu-isu kepentingan semasa penduduk seperti kebersihan, keselamatan dan kemudahan kawasan kepada pihak berwajib
- Mendapat dua(2) pelekat kenderaan secara percuma
Sila klik untuk meneruskan pendaftaran.
Comments
Post a Comment