Pendaftaran Keahlian Persatuan Penduduk Serenia Anira (Serenia Anira Resident Association)

Persatuan Penduduk Serenia Anira membuka pendaftaran keahlian mulai 8 Mac 2025

Syarat keahlian adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 18 tahun dan ke atas

3. Menetap dan tinggal di Serenia Anira

4. Digalakkan keahlian satu ahli bagi satu rumah sahaja


Yuran keahlian adalah seperti berikut:

- Yuran Pendaftaran RM10 (Sekali sahaja)

- Yuran Keahlian RM100 Setahun


Kelebihan mendaftar sebagai ahli:

- Mewujudkan perpaduan, rasa muhibah dan sikap bekerjasama di antara ahli-ahli dan penduduk-penduduk Serenia Anira yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama 

- Mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat

- Melindungi kepentingan bersama mengenai sebarang bentuk harta benda persendirian dan kegunaan bersama di kawasan kediaman

- Membangkitkan isu-isu kepentingan semasa penduduk seperti kebersihan, keselamatan dan kemudahan kawasan kepada pihak berwajib

- Mendapat dua(2) pelekat kenderaan secara percuma


Sila klik untuk meneruskan pendaftaran.


Comments

Popular posts from this blog

Mesyuarat penubuhan Persatuan Penduduk Serenia Anira

Kelulusan pendaftaran Persatuan Penduduk Serenia Anira

Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Serenia Anira Bil. 1/2024