Mesyuarat penubuhan Persatuan Penduduk Serenia Anira
Mesyuarat penubuhan Persatuan Penduduk Serenia Anira (Serenia Anira Resident Association) telah diadakan pada butiran berikut:
Tarikh : 7 Disember 2024 (Sabtu)
Masa : 9.00 malam hingga 10.30 malam
Tempat : Google Meet
Kehadiran : 54 orang
Objektif dan maklumat penubuhan Persatuan Penduduk Serenia Anira adalah seperti berikut:
1. Mewujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa.
2. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat.
3. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk.
4. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di kalangan mereka.
5. Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat.
6. Membolehkan penduduk kenal antara satu sama lain serta memupuk semangat kejiranan dan persahabatan.
Mesyuarat telah membuat pelantikan seramai 17 orang Jawatankuasa Penaja Persatuan Penduduk Serenia Anira seperti berikut:
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
10 orang Ahli Jawatankuasa
2 orang Pemeriksa Kira-Kira
Comments
Post a Comment