Persatuan Penduduk Serenia Anira membuka pendaftaran keahlian mulai 8 Mac 2025 . Syarat keahlian adalah seperti berikut: 1. Warganegara Malaysia 2. Berumur 18 tahun dan ke atas 3. Menetap dan tinggal di Serenia Anira 4. Digalakkan keahlian satu ahli bagi satu rumah sahaja Yuran keahlian adalah seperti berikut: - Yuran Pendaftaran RM10 (Sekali sahaja) - Yuran Keahlian RM100 Setahun Kelebihan mendaftar sebagai ahli : - Mewujudkan perpaduan, rasa muhibah dan sikap bekerjasama di antara ahli-ahli dan penduduk-penduduk Serenia Anira yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama - Mengikuti aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat - Melindungi kepentingan bersama mengenai sebarang bentuk harta benda persendirian dan kegunaan bersama di kawasan kediaman - Membangkitkan isu-isu kepentingan semasa penduduk seperti kebersihan, keselamatan dan kemudahan kawasan kepada pihak ber...
Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Penduduk Serenia Anira Bil. 1/2024 telah diadakan pada butiran berikut: Tarikh: 29 Disember 2024 (Ahad) Masa: 3.00 petang hingga 5.30 petang Tempat: Tadika Taming Genius, Kota Warisan Kehadiran: 13 orang AJK Diantara agenda yang dibincangkan adalah: - Sesi suai kenal AJK - Promosi dan pembukaan keahlian persatuan - Pembukaan akaun bank - Cadangan perjumpaan rasmi persatuan bersama TCS - Pelantikan Biro - Pertandingan mencipta logo persatuan - Hal-hal lain
Mesyuarat penubuhan Persatuan Penduduk Serenia Anira (Serenia Anira Resident Association) telah diadakan pada butiran berikut: Tarikh : 7 Disember 2024 (Sabtu) Masa : 9.00 malam hingga 10.30 malam Tempat : Google Meet Kehadiran : 54 orang Objektif dan maklumat penubuhan Persatuan Penduduk Serenia Anira adalah seperti berikut: 1. Mewujudkan perpaduan di antara penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. 2. Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berasaskan pendidikan, kebudayaan, sosial, akhlak, kebajikan dan moral untuk penduduk setempat. 3. Menjadi pengantara di antara penduduk dengan pemaju dan pihak yang berkuasa mengenai masalah penduduk. 4. Mempertingkatkan kesedaran di kalangan penduduk tentang pentingnya peranan mereka dalam mencegah kegiatan tidak sihat seperti jenayah, gejala sosial serta memupuk memupuk sifat-sifat tanggungjawab dan displin di kalangan mereka. 5. Memupuk dan menggalakan gaya hidup sihat bagi penduduk setempat. 6. Membolehkan penduduk kenal ant...
Comments
Post a Comment